Peserta Kursus MKM Lawat Pejabat Syarikat Pewaris Jaya Lihat Operasi


Pada 13 Mac lepas, Maktab Koperasi Malaysia (MKM) Cawangan Sarawak telah membawa rombongan peserta yang terdiri daripada para usahawan Bumiputera dari Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak datang melawat ke pejabat Syarikat Pewaris Jaya bagi melihat operasi harian.

Dalam lawatan itu, pengurus syarikat Razali bin Rapaee telah menerangkan operasi syarikat khususnya dalam pentadbiran dan menyiapkan tempahan klien.
Selain itu, Razali turut juga berkongsi pengalaman dan pengetahuan berkenaan bidang perniagaan ini kepada para peserta selain bertukar-tukar maklumat berhubung dengan perniagaan yang dijalankan peserta.  

Dalam perkongsian itu, jelas bahawa perniagaan hari ini cepat berkembang selaras dengan kepesatan teknologi selain hubung kait dengan perkembangan ekonomi semasa di Malaysia dan dunia.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kami boleh dihubungi menerusi alamat dan platform media sosial di bawah:

Syarikat Pewaris Jaya
Lot 421, 1st Floor
Wisma Ung Hwa Geok
Jalan Kulas Utara
93400 Kuching
Sarawak

Tel Pintar: 016-8896878/ 013-8266878 (Razali bin Rapaee)
Tel Pejabat/ Faks: 082-233614

Portal: https://syarikatpewarisjaya.blogspot.com 
Fanpages: https://www.facebook.com/OfficeSuppliesKuching/ (Syarikat Pewaris Jaya)
Twitter: 
Emel: syarikatpewarisjaya@gmail.com/ razalil@yahoo.com

Masa Pejabat: 

Isnin hingga Jumaat:  8:00 pagi hingga 5:00 petang

No comments:

Post a Comment